Sign In
Mobirise Website Builder

KONTINJEN SUKAN PERSAHABATAN BIMPNT-EAGA KE-10 DIRAIKAN

08/12/2018

912-19.jpgMENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikah hadiah kepada pemenang Perlawanan Golf Persahabatan yang dimenangi oleh Neldin Gimbang dari Sabah pada Majlis Makan Malam Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-10

912-20.jpgMAJLIS Makan Malam Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-10 berlangsung di Tarindak D'Seni, Bandar Seri Begawan

912-21.jpgMAJLIS Makan Malam Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-10 berlangsung di Tarindak D'Seni bagi meraikan kontinjen-kontinjen yang menyertai pada edisi tahun ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Disember. - Kontinjen-kontinjen dari negara yang menyertai Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-10 diraikan pada Majlis Makan Malam bertempat di Tarindak D'Seni anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat menzahirkan ucapan terima kasih di atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh kerajaan dan negara-negara peserta dalam menjayakan Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA di Brunei Darussalam.

 

"Permainan Persahabatan ini merupakan salah satu yang dapat disampaikan (deliverables) dalam Pillar Pendidikan Sosio-Budaya dari Laluan Pembangunan BIMP-EAGA 2025. Melaluinya, kita mempromosikan, memelihara dan mengekalkan budaya dan warisan persahabatan kita, meningkatkan kesedaran tentang komitmen bersama kita terhadap memperluaskan pertukaran rakyat kepada rakyat, perpaduan dalam nama sukan kompetitif dan berusaha mencapai yang terbaik dalam bakat sukan kita," jelas Yang Berhormat.

 

Oleh itu, Yang Berhormat berharap hubungan yang terhasil daripada interaksi tersebut akan terus menyumbang ke arah membina komuniti yang lebih cohesive, produktif dan harmoni di rantau ini, dan merealisasikan Visi BIMP-EAGA 2025 seperti yang dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin negara ahli.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Perlawanan Golf Persahabatan kepada Neldin Gimbang dari Sabah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Sukan Persahabatan yang bertemakan "Friendship Through Sports" itu bertujuan untuk mengeratkan persahabatan di antara Ahli-ahli BIMPNT-EAGA dan atlet-atlet ke arah perpaduan, persefahaman dan kerjasama melalui penganjuran Sukan Persahabatan.


Sumber: Pelita Brunei Online

Attachments